Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

kehendak atau keperluan?

Assalamualaikum wbt....


'kehendak/keperluan'?


ikut sahaja kehendak orang..
ikut sahaja keperluan orang..


asyik hanya ikutkan kehendak dia..
asyik hanya ikutkan keperluan dia..

saat dapatkan kehendak kita bila?
saat dapatkan keperluan kita bila?


soalan yang kian menular dalam diri tiap insan tatkala berpindah dari satu alam ke alam lain..


kehendak ATAU keperluan..
kehendak DAN keperluan..


teruskan berusaha, berdoa, berikhtiar dan bertawakal..
Allah knows the best...

wassalam.

-cerita aishah-

Sayup kedengaran...

Salam alaik...


sayup di hati apabila mendengar bacaan tahlil dari jendela tingkap kereta di simpang tiga ketika berhenti pada lampu merah untuk menghala ke arah ampang....

Bacaan tahlil datang dari arah masjid warna kuning di ulu langat.
berlapis-lapis kenderaan meletakkan kereta di dalam mahupun di luar perkarangan masjid tersebut.5 van jenazah kelihatan, kepala putih memenuhi perkarangan masjid.

melalui kawasan kejadian berlakunya tanah runtuh yg telah meranapkan rumah anak-anak yatim di felcra semungkis pada 21-05-11 lantas meragut nyawa 16 dari 25 orang yang tertimbus.

Tekedu dan sedih saat mendengar apa yang terjadi pada mereka, tapi mungkin sudah suratan takdir, ajal kan tiba pada bila-bila masa sahaja, mungkin saat ajal kita tidak lama lagi, mohon kita sudah bersedia dan segala urusan dipermudahkan Allah, amin.

Murah sekali rezeki mereka, Allah permudahkan segala urusan mereka, Alhamdulillah.
Ramai yang mensolatkan jenazah mereka, urusan pun dibuat segera, Alhamdulillah...

Teringat akan allahyarham atuk talib, atuk pergi Alhamdulillah senang aje, selepas dia ingin sangat jumpa semua keturunan dia, dia pergi dengan tenang. wajah nya tersenyum ^_^"


berbalik pada saat lalu kawasan kejadian, yang ana lihat di gerai2 makan tepi jalan, dipenuhi pakaian berseragam yg berlogo. ana fikir mungkin mereka keletihan berpenat lelah membantu,tapi aneh pakaian nya bersih sekali, biarkan lah, da ganti baju la tu. bila lalu area masjid, Subhanallah daripada duduk minum2, lebih baik hilangkan penat dengan solat jenazah, kan pahala dapat tu. nah usnuzon lagi, mungkin mereka bakal teman ke kubur aje, Allah sahaja yang tahu hati mereka. doakan ana dan keturunan ana tergolong orang yg di masjid itu, amin.


Moga urusan arwah yg terkorban dipermudahkan segalanya, siksaan kubur dijauhkan dan syurga menanti mereka I'allah amin.

Al-fatihah khas buat 16 mereka dan orang yang telah mendahului kita..

...amin ya robbal 'alamin..

wassalam.

Life is so simple...

Salam...

da lama x update blog, tiba2 rini de muncul satu cerita yg ingin dikongsi..

masa buka puasa rini, umi citer kisah tentang 'pengemis' cina yg umi perhatikan masa umi tunggu aunty pi bank, kat bandaraya kuala lumpur..

Pada awalnya si pengemis itu berpakaian sangat segak bergaya kaik org berkerja.
dia membimbit beg lalu pi ke blkang tempat byk kabel2 letrik, die kuar aje dr tmpat tu, pakaian nye,
uish! pengemis sungguh : rambut xkemas, pakaian compang-camping, gaya mcm org xberdaya lgsg.
die membentangkan sehelai kain utk jd alas die duduk, then dgn tangan yg longlai minta sedekah.
setelah dpat dlm agak2 lumyan bg die, die pun bergerak ke kedai runcit berhampiran dan mengambil senaskah surat khabar,
belek punya belek, die kuar kan a page then letak balik surat khabar tu.
die patar balik ke tempat die minta sedekah td, die pi blkg kabel2 tu, then die kuar dgn pergh! segak seperti sediakala.

senang sungguh die dapat duit yg dr org2 baik hati memberinya.
senang sungguh die menipu.
sebaik die bukan islam, tapi moga die diberi hidayah oleh Nya, i'allah amin...

sekian,salam..

-Cerita Aishah-

'LIPAS'! ! ! ! !

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh...

Bismillahirahmanirrahim...

'L I P A S'
nak biar dan lepas or ambil dan bunuh ???
hmmmmmm.....

Wanita sinonim sebagai penggeli lipas, yang jerit dan lari bila terjumpa lipas..
TAPI lelaki pun juga yea. contohnya rakan-rakan di kelas ku... ish3 dasyat!

ini bukan lipas tapi 'lipas'...


Ceritanya......

Hari ini ade 'lipas' dalam kelas.. semua yang duduk belakang nampak, tapi buat x tau dan x nampak sementara tunggu guru mengajar di depan.
seusainya guru bagi penerangan, 2 orang bingkas bangun dan ingin menerjah ke 'lipas'.
dan pemenang bagi menangkap 'lipas' adalah orang di hadapan ku.TAHNIAH3!

lepas dia tangkap 'lipas', dia terus bagi ke daku dan ku beri ke sahabat di sebelah ku.
sahabatku simpan dahulu sementara kami ingin membiarkan segalanya bagai tiada apa yang berlaku dan kami ingin terus mem'bunuh' 'lipas' selepas kelas itu, tapi malangnya guru seterusnya menerjah tanpa sempat meminta izin dan tidak sampai hati ingin meninggalkan kelas bagai tiada penghuni.....

ketika itu, pemilik 'lipas' menyedari 'lipas' hilang!
rakan lain menerjah kami tanpa kami sempat pergi 'bunuh' 'lipas' itu...
rakan yang dapat tangkap'nya' meminta kami 'bunuh' 'lipas' sebelum x diingini berlaku.

dengan pantas, kami terus menyerang untuk 'bunuh' 'lipas'!
tapi sayang, kami tidak dapat 'bunuh' dengan penerangan,asbab dan fakta yang difahami oleh pihak lain. malah kami dituduh 'pembunuh' dan 'penyimpan' tidak berlesan..

ambil dan bunuh pilihan kami dan sesetengah rakan, tapi disalah fahami oleh pihak lain.....

ujian ujian.

ALLAH MAHA ADIL!

yang penting diri ku dan sahabat telah terangkan apa yang terjadi, fahaman pihak lain biarkan diri itu. kami redha sentiasa dikata tanpa fakta dan asbab yang kukuh.

Moga Allah membenarkan niat murni kami...

pilihan anda??

sekian, wassalam

-cerita Aishah-

terkesima.. tekejot.. terkedu..

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh..

as usual, after ana balik skul, terus pegi skul adik sedara ana amek die.
td ptg tibe2 pulak nak minum aiir kelapa which is de jual kat depan skul adik sedara tu..

time tengah nak beli, ade antara pelajar2 skula tu berbual yg watkan ana terkejot teramat5 sangat.....

dialog antara pelajar lelaki n perempuan yang baru berusia 11 TAHUN!
lelaki : eyh makcik(bkn nama sebenar) mane boley jadi G*O, badan die besar la,xde org nak.
plaja perempuan : mmg la, ko ingat die lawa ke?
lelaki n perempuan gelak besar dan terus terdiam saat ana pandang mereka dgn mata terbeliak.

Na'uzubillahiminzaliq!

pelajar2 seusia 11 TAHUN! xsegan, xsilu, selambe je cakap gitu. dari mana mereka belajar semua nie?? dasyat sangat dasyat!

Ya Allah, peliharalah keturunan ku, keluarga ku dan saudara2 seislam ku. berilah kami kekuatan dan keteguhan iman, amin ya Robbal 'alamin...

sekian, wassalam..

-Cerita Aishah-

Ceritera Februari

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh....

lame da ana x update blog, pelbagai halangan n rintangan, masya Allah....

cerita Aishah bermula....

pd 22-02-10..


telah pergi menghadap Ilahi nenda kesayangan ahli keluarga besar ana, Abu Talib bin Salleh..
moga beliau ditempatkan dikalangan org2 yg soleh,amin..alfatihah utk atok...nenda telah tinggalkan 55 org cucu,100 org cicit (exclude cucu nye pasangan) ..... ingatlah,suatu hari nanti kita akan berada di tempat org2 yg telah pergi dahulu sebelum kita, moga kita tergolong dalam kalangan org2 yg mendapat syafaat Baginda dan ditempatkan dikalangan org2 soleh,amin....

kubur atok talib...



thanks guruku yg menemani saat2 pemergian nenda sehingga beliau selamat dikebumikan..


pd 24-02-10...

kehilangan sebuah pendrive yg byk sgt3 gambar kenangan, terutama gambar2 video2 'sahabat' =( sad sangat5, tapi ada hikmah disebaliknya....


pd 26-02-10...

subhanaAllah ujian ujian ujian....
kesabaran,kesefahaman dan toleransi amat penting dalam kehidupan, ingat!!!


sekian sahaja cerita febuari....

-Cerita Aishah-

kesedihan dalam kegembiraan

salam...

petang tadi ana went to rumah anak2 yatim di area ampang with my angah2...
teharu apabila tiba di sambut dgn kegembiraan anak2 di situ wlaupun dtg tanpa makluman mereka dan pertama kali ana pergi ke sana.
melangkah saje ke dalam rumah tersebut, ade seorang anak kecil minta didukung. sebak di hati sekecil die ditinggalkan ibu bapa mereka tanpa belas kasihan.....
terlalu ramai anak kecil mengelilingi ana, kira2 10 orang minta ana dukung bergilir2. wlaupun kepenatan seharian, tetap ana layan untuk menggembirakan mereka..

ade seorang anak laki,iman namenya,berusia 8 tahun. teharu ana die beri sekeping kertas yg terlukis diatasnya gambar ana. die kata "akak,iman lukis khas untuk akak" , ana kata " terima kasih iman, akak sayang iman.".
selepas itu datang pula anak kecil lain duduk diriba tanpa hirau ana sedang pangku bayi berusia setahun,perempuan. die mengadu sambil menangis katanye ade abang ambil bintang yg dia buat. die kata bintang tu nak bg kat ana. bertambah teharu n sedih ana dengan kata2nya..
alif,anak laki berusia 5 tahun. die kata "akak,alif ade pensil, ade buku, alif nak belajar pandai2" walaupun pelat dan mengambil mase untuk die brcakap, tapi keikhlasan n ketulusan kata2 nya buatkan ana terkesima. anak sekecil itu pandai menilai tinggi nye ilmu.....

ana dapat duduk disana 2 jam cuma.sebelum ana pulang, danial dan alif(bukan di atas),anak kecil seusia 2-3 tahun melarang ana pulang. sedih tak terhingga ana.nak je tinggal dgn dorang tapi apekan daya, ana juga punya tugas...
walaupun pelbagai keletah dan ragam mereka, mereka tetap bisa tersenyum walaupun mengetahui bahawa mereka anak yatim piatu atau anak yang ditinggalkan ibu bapa...

ana bersyukur masih punya ibu bapa. hargai dan sayangi lah ibu bapa sehingga akhir hayat kita.
sayangilah anak2 yang tak punya ibu bapa,berilah mereka ape yg kita mampu,belai lah mereka, jangan menggunakan mereka untuk kepentingan diri. mereka digunakan untuk mengaut keuntungan dan simpati bagi sesetengah pihak,walaupun mereka tiada ibu bapa yg dapat melindungi mereka tp dlm hati mereka benar2 rasa terhina,mereka juga insan biasa, yang punye hati dan perasaan..
jagelah mereka bagai saudara kesayangan kita...
fikir2 kan lah......
sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri disayangi dan menyayangi anak2 kecil yang mana apabila Rasulullah jumpa anak kecil, akan baginda usap kepala mereka dan berdiri sama tinggi dengan mereka,Subhanallah. sunnah Rasul yang mendekatkan kita dengan anak2 kecil dengan cara yang paling sweet...
p/s : ana xdapat nak upload gambar kerana xsempat nak tangkap..

sekian, wassalam

-cerita aishah-
abcs