Showing posts with label kegembiraan. Show all posts
Showing posts with label kegembiraan. Show all posts

Da deyh wita camore..

Salam alaik... post kali ini sangat simple.... full dengan gambar aje...






& da ta re so lu te a re....






sekian, wassalam ^_^

jumpa lagi....

Salam alaik.

- 26.07.11
ana n MT pengawas pi sekolah yang pada 06.07.11 kami pi tu.
tapi kali ni tujuan kami lain. kami nak pi jumpa MT pengawas mereka, bukan ada sebarang pertandingan lagi da.
kami bincang macam2 la tentang hal pengawas. bukan itu yang ana nak bagitau, yang ana nak bagitau is siapa yang ana jumpa.
di sekolah jiran, ana jumpa seeeeeeeeemua sahabat-sahabat lama ^_^"

di sekolah mereka, ana jumpa hampir semua pengawas-pengawas yang ana jumpa masa karnival tu. *_*

- 28.07.11
Ana dan sahabat terbaik ana yang nama sama *_*
kami masuk pertandingan sains n Alhamdulillah dapat masuk final, n Alhamdulillah dapat tempat..... PERTAMA. =D
sahabat ana terangkan tentang experiment tu while ana terangkan tentang islamic value.

someday n somehow n something,

ana dapat praktis belajar photography tapi guna DSLR sahabat ana le ~_~


weee, itu je....

Sekian, terima kasih.

Salam ^_^

alamak! lupa nak cerita....

Salam alaik....

post lepas terlupa nak bagitau apa happen pada
08-07-11
- pada jumaat yang indah, pada waktu rehat @ break sekolah ana..
ada seorang pelajar junior form2 yg masa form 1 beliau ana selalu tegur walaupun ana tak pernah ingat nama adik tu, hee maafkan akak dik +_+"
adik tu tiba-tiba tak ingat nama ana . dia panggil ana " Eh! akak arabic kan?" ana toleh dan cakap dekat dia " sampai hati awak tak ingat nama akak dik, sedih akak" tersengih adik tu.
-waktu nak naik ke kelas2 lain utk cari cikgu chemistry, ada adik kepada alumni ana panggil " akak nie yang akak semanis kurma kan?" ahah tergelak ana dengan sahabat ana. sahabat ana backup ana kata " eh akak senior awak ni ada nama la" ahah tergelak ana.
- waktu nak balik " akak pidato, nama akak siapa?"
aduh lagi baik tak tau nama ana.

lucu la adik-adik junior ni, macam-macam happen after pidato arabic tu.
kenangan indah dan I'Allah tak dilupakan...


sekian, wassalam...

Khutbah fi lughatul 'arabiah.

Salam alaik...

29-06-11
- seorang guru BAT datang ke kelas semasa pelajar laki masih mendengar tazkirah di Musolla,
Guru itu bertanya pada ana " Kamu pidato boleh? "
terus tanya tubi-tubi " bila? di mana? lawan siapa? untuk apa? under siapa? siapa anjur? "
guru itu pun bercerita la dari A hingga Z, ana pun kata "Boleh no problem".

06-07-11
- Hari kejadian @ hari pertandingan pidato bahasa arab antara sekolah daerah gombak anjuran SMSB =_=
- sepanjang perjalanan ke sana, debarannya SubhanAllah, kencang sangat. maklumlah lawan nya dengan sekolah antarabangsa seperti yg ana dikhabarkan.
-setelah majlis pembukaan @ perasmian hari kokurikulum sekolah tersebut @ pertandingan antara sekolah juga. semua wakil sekolah pergi ke tempat sepatutnya.
-pertandingan pidato ana diadakan di dewan serbaguna sekolah tersebut.
-ada pidato BM n BA.
bg pidato BA Alhamdulillah cuma 4 sekolah yg menyertai, antaranya sekolah ana(SA), sekolah yg menganjur(SM), sekolah antarabangsa(SAB) dan sekolah jiran penganjur(SJP) = semua Islamic base.
-dipecahkan kedua kategori, menengah bawah dan menengah atas.
ana kategori menengah atas,da ambil BAT mesti la menengah atas kan, hehe.
- pertandingan mula je dengan menengah bawah dulu, neves masa tu, da xnampak pemidato cilik yg hebat dan merdu suaranya, yg nampak pidato yg ana harus sampaikan aje.
-pendekkan cerita, ana peserta terakhir yang menyampaikan pidato. pemidato pertama SM, pemidato ke2 SAB, pemidato ke3 SJP.
pemidato SM byk lupa pidatonya, beliau hanya menghurai dan isi hanya 2 shj.
pemidato SAB, intro biasa shj, tp sayangnya tgk kertas terang2.
pemidato SJP, gaya hebat, intro jelas, tp ada nota kecil di tangan yg diselak setiap satunya.
pemidato SA, intro gempak, isi pertama mantap, isi ke2 kantoi, 2 isi skip, hanya bg 4 isi tanpa huraian, penutup pun gempak jua. tp sayang la byk isi best2 yg t'lupa.
habis je pidato, keluar n ^_^" hehe.
then masuk dewan balik setelah dipujuk kembar, dalam dewan 2 org juri memujuk secara berlapik.
-juri pertama pujuk dalam komentarnya setelah selesai pidato.
-juri ke2 tunjuk thumbs up n bg isyarat no 1. =_= hee.
hati pun tenang la sikit.
then tunggu sampai 2.30 utk tau keputusan. tunggu selepas setiap pertandingan di umum, tibalah turn pidato BA.
-MC kata mcm ni. "pidato bahasa arab, tempat ke tiga jatuh kepada SAB *bkn nama sbnr"
dlm hati doa aje la, tp hairan mcm mana blh menang walhal pegang kertas,xpela biala.
MC sambung "tempat kedua jatuh kepada SJP *bkn nama sebenar"
SJP kenalan ana,tahniah buat dia juga.xpela, kalu bukan rezeki ana nak buat mcm mana,terima ajela dengan hati terbuka.
MC sambung dengan suara penuh misterinya "pemenang bagi pidato bahasa arab bg pertandingan karnival di SMSB jatuh kepada SA *penulis* "
Alhamdulillah, rasa nak sujud syukur di situ jua. tepukan gemuruh dari SJP @ ramainya kawan2 lama ana. ana menoleh ke arah guru BAT dengan senyuman puas. bermula dari diumum hingga ana turun pentas, tepukan tidak henti, Alhamdulillah memang ramai gemar dengar ana berpidato ^_^
turun aje pentas, ana terus ke arah guru BAT dan bg hadiah yg ana dapat ke dia dan menyatakan "syukran kathir ustazi" ustaz juga tersenyum puas, alhamdulillah =D.
-waktu ingin pulang, SJP hampir semua ucapkan tahniah. terima kasih kawan2 atas sokongan anda, kasih kalian diterima +_+
yg paling ana terkejut dan terkedu kerana tak dapat kongsi bersama sahabat ana, xmengapa la, buat kejutan aje pada dia.
ana terus kabar ke ummi, ummi ucapkan tahniah, dan bila ana pulang ke rumah, ummi bagi sejumlah wang untuk beli jubah yang ana idam2 kan. Alhamdulillah,
Rezeki Min ALLAH. Allah memberi pelbagai rezeki ana pada hari ini, detik di hati.

07-07-11
-ana harus berpidato di closing of arabic week, ok ajela , xkisa.
-saat berpidato, semua pelajar terdiam dan satu suara pun x dengar selain suara ana aje.
-dari intro hingga hampir penutup, lancar aje, sampai dapat thumbs up dr pen.guru besar, dapat memek kagum dari prof bangsa arab yg jd tetamu pd hari itu dan renungan fokus dari semua pelajar. tapi bila nak dekat habis, terpandang ke arah pelajar2 laki, terkejut dan terdiam malah terlupa apa nak dicakap bila tengok semua pelajar lelaki diam dan ada yang ternganga. Allahuakbar, jangan lah kerna ana dihadapan ini jadi fitnah atau sumber maksiat di hati kecil mereka Ya Allah, amin.
ana istighfar dan pandang ke kembar ana, nah Alhamdulillah dapat ingat dan terus habiskan cepat.
setelah selesai semua, ana dapat hadiah yg ana dapat dr SM semula yg diberi oleh BOD. terima aje la -_-


konklusinya,
Alhamdulillah pidato ana mengenai "pentingnya penyatuan antara muslimin" dapat disampaikan dengan sempurna baik di SMSB ataupun di SA.
Rezeki minAllah dan hanya Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita.
Mohon segala urusan dipermudahkan dunia dan akhirat, amin YA robb.

sekian, wassalam

Balada ~ Nasyid Kontemporari

Salam alaik....

nasihat dari Tuan K...

"Aishah, cuba la tukar genre balada kepada Nasyid pop Kontemporari"

dengan cara beliau yang sungguh menyenangkan walau pertama kali bersua.

I'Allah khair, nasihat Tuan kan ana cuba... +_+


wassalam

L.A.W.Y.E.R

Salam alaik...


wah3 aishah, sejak da tau ada hambaNya suka dengar cerita ana, asyik update je eak...


ana ingin bicarakan tentang lawyer....


nah, ari ni poi a place that org suka gado2, walhal boleh slowtalk. n org yg suka cakap " sy da hlg sabar dengan kamu ".....

somehow tempat itu kurang menarik perhatian ana kerna fakta nya ada dibolak-balik kan, tp tetap ana pergi sbb berminat ingin tahu segala apa ada disana.

disebalik pemergian ke sana, Allah takdirkan berjumpa dengan peguam2 dr jabatan ternama.

antara peguamnya adalah sifu sahabat ana.
peluang itu ana gunakan buat bertanya segala perihal tentang peguam @ guaman @ perundangan..


Alhamdulillah yg ana peroleh dr beliau
-ilmu yg tidak lokek malah
-madah yg indah malah
-wajah yg tidak menunjukkan riak bosan saat di 'machine gun' dengan soalan aneh2 malah
-number hapek beliau yg bakal diserbu dengan pesanan2 ringkas dan panggilan bila perlu.
Syukur Ya Robb pertemuan ini Allah bagi ana peluang pelajari perkara baru.


Ana ingin kongsi, malah InsyaAllah ana praktiskan pada situasi yg perlu..

bila berbicara biar
~ fakta yang benar(samada quran,hadis,sains,logik,apa pun yg dgelar fakta)
~ jd yg tengah2 antara confident & x confident(jgn tampil belagak/jahil)
~ humble selalu.(jgn iyakan jika xtau)
~ bicara dengan madah yg terbaik (sopannya harus sekali)
~ muka yg bisa buat pihak lain senang.(jgn tunjuk udah bosan)
~ beri peluang pada teman bicara utk berkata2(jgn anda shj berbicara)


nah, InsyaAllah ana bakal perbaiki apa yg kurang baik.

doakan ana jadi Hamba Allah yg ikut segala apa yg disuruh dan jauhi apa yg dilarang ya, Amin *_*


moga ini bisa dimanfaatkan, I'Allah...

wassalam

impian Ku…

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh…

aishah-s 2

Alhamdulillah sejak bulan jun bermula, impianku kian tercapai ^_^

seorang photographer amat beginner, yg cuma memakai @ meminjam DSLR manusia2 yang profesional, sedikit demi sedikit diri ini mula memperoleh ilmu mengenai kamera, cara menggunanya sehingga lah detail amat..

thankz to abg jabar =) jangan serik eak ajar saya ^_+

semua perkara mudah dilalui setelah ujian demi ujian dilalui @

takkan peroleh sesuatu kesenangan tanpa mengharungi kesusahan.

-cerita Aishah-

female sports day....

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh....


pd 05
-03-10..

a day b4 final telematch, kami wat practice last kat padang au2.. n cikgu2 mendendangkan lagu 'allah selamatkan kamu' kat puan akmal sbb bezday beliau... happy bezday puan akmal! moga ape yg puan akmal inginkan tercapai, amin3...


pd 06-03-10..


2 juniors n 2 seniors... ^_^

female sports day dibuat di female sports complex,uia..
start ngan matching msuk dlm dewan tu, then ucapan2, then battle cry start dgn uhud,hunain,badar n khandak,then matching poi tempt duduk ikut umah, then start ngn telematch primary,then secondary,then parents n staff adni, lastly dimaklumkan pemenang2 bg telematch, 1st Khandaq, 2nd Badar, 3rd Hunain, 4th Uhud. then penyampaian hadiah bg telematch parents n staff of adni..
then pulang lah semua ke rumah masing2...

penat,tp enjoy, geram pun ade, hapy xterkira, pendek kata macam2 ada...hehehe

yg paling ana hapy, badar 1st bg game yg ana msuk, ape tah namenye, gamenye menjahit manik di atas kain,de 5 warna, biru,hijau,oren,kuning n pink. ana pilih warne hijau, yana biru, elanor kuning, fatin oren n husna pink. seronok3 =D

alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar dan sempurna,syukur3...

sekian sudah, wassalam..

-Cerita Aishah-

abcs