Sayup kedengaran...

Salam alaik...


sayup di hati apabila mendengar bacaan tahlil dari jendela tingkap kereta di simpang tiga ketika berhenti pada lampu merah untuk menghala ke arah ampang....

Bacaan tahlil datang dari arah masjid warna kuning di ulu langat.
berlapis-lapis kenderaan meletakkan kereta di dalam mahupun di luar perkarangan masjid tersebut.5 van jenazah kelihatan, kepala putih memenuhi perkarangan masjid.

melalui kawasan kejadian berlakunya tanah runtuh yg telah meranapkan rumah anak-anak yatim di felcra semungkis pada 21-05-11 lantas meragut nyawa 16 dari 25 orang yang tertimbus.

Tekedu dan sedih saat mendengar apa yang terjadi pada mereka, tapi mungkin sudah suratan takdir, ajal kan tiba pada bila-bila masa sahaja, mungkin saat ajal kita tidak lama lagi, mohon kita sudah bersedia dan segala urusan dipermudahkan Allah, amin.

Murah sekali rezeki mereka, Allah permudahkan segala urusan mereka, Alhamdulillah.
Ramai yang mensolatkan jenazah mereka, urusan pun dibuat segera, Alhamdulillah...

Teringat akan allahyarham atuk talib, atuk pergi Alhamdulillah senang aje, selepas dia ingin sangat jumpa semua keturunan dia, dia pergi dengan tenang. wajah nya tersenyum ^_^"


berbalik pada saat lalu kawasan kejadian, yang ana lihat di gerai2 makan tepi jalan, dipenuhi pakaian berseragam yg berlogo. ana fikir mungkin mereka keletihan berpenat lelah membantu,tapi aneh pakaian nya bersih sekali, biarkan lah, da ganti baju la tu. bila lalu area masjid, Subhanallah daripada duduk minum2, lebih baik hilangkan penat dengan solat jenazah, kan pahala dapat tu. nah usnuzon lagi, mungkin mereka bakal teman ke kubur aje, Allah sahaja yang tahu hati mereka. doakan ana dan keturunan ana tergolong orang yg di masjid itu, amin.


Moga urusan arwah yg terkorban dipermudahkan segalanya, siksaan kubur dijauhkan dan syurga menanti mereka I'allah amin.

Al-fatihah khas buat 16 mereka dan orang yang telah mendahului kita..

...amin ya robbal 'alamin..

wassalam.

Balada ~ Nasyid Kontemporari

Salam alaik....

nasihat dari Tuan K...

"Aishah, cuba la tukar genre balada kepada Nasyid pop Kontemporari"

dengan cara beliau yang sungguh menyenangkan walau pertama kali bersua.

I'Allah khair, nasihat Tuan kan ana cuba... +_+


wassalam
abcs